Sunday, December 14, 2008

Anoreksia

Anoreksia adalah penyakit dimana mereka yang mengidap penyakit ini hilang selera makan. penyakit ini mula mendapat perhatian dunia selepas kematian seorang model Brazil Ana Carolina Reston, 21 tahun akibat anoreksia. Namun yang menjadi persoalan apakah punca menularnya anoreksia dikalangan golongan muda kini. Para penyelidik dari UCLA mempunyai 2 pendapat dan teori iaitu profesion medol atau otak yang menjadi penyebab kepada terjadinya penyakit ini. Walaubagaimana pun sebilangan kecil berpendapat anoreksia ini diwarisi atau disebabkan keturunan.

Namun dalam penyelidikan sainstis di Amerika syarikat mendapati otak pesakit anoreksia adalah berbeza dengan mereka yang bebas anoreksia, ini dibuktikan didalam kajian mereka dengan mengambil sekumpulan pesakit anoreksia dan sukarelawan yang bebas anoreksia, dalam beberapa aktiviti yang dijalankan mendapati pesakit anoreksia gagal memperoleh kemenangan, disisni menunjukkan prestasi otak diantara pesakit anoreksia berbeza cara atau corak pemikiran berbanding mereka yang bebas anoreksia.

Namun masih lagi tidak dapat dipastikan, adakah penyakit ini terjadi kerana mereka terdedah kepada imej model yang terlalu kurus atau terdapat kecacatan pada pembangunan otak samaada sewaktu dalam rahim atau ketika zaman kanak-kanak. Jadi cara yang paling baik kita berusaha mengekalkan tahap kesihatan kita dan mengamal pemakanan yang seimbang dan yang paling penting sihat bukan kurus